Header Ads

Rawatan Akupunktur Untuk Kucing

Rawatan akupunktur secara dasarnya dapat merawat kesakitan pada urat saraf, migrain, strok, lumpuh, kanser, kesan kemalangan, sakit pinggang, sakit lutut dalam kalangan orang tua, gastrik, sakit bulanan, merawat sebarang ketumbuhan, kebas-kebas kaki atau tangan dan banyak lagi. 

Ia termasuk kecerdasan minda dan kecantikan untuk manusia. Jangan tak tahu si bulus juga boleh menjalani rawatan seperti ini.

Image credit: respectfulinsolence.com

Akupunktur

Rawatan akupunktur adalah rawatan tradisional China yang sudah dipraktik sejak 4000
tahun dahulu. Rawatan ini bertujuan dapat merawat penyakit dan menyalurkan tenaga, atau
Qi (disebut Chi). Qi akan mengalir di bahagian badan melalui darah. Apabila salah satu
tenaga yang mengalir tersumbat atau tidak bergerak dengan betul, maka badan kita akan
senang sakit. Dengan menggunakan jarum yang dicucuk pada bahagian yang dikenali sebagai
titik akupunktur, tenaga yang terseumbat akan dikeluarkan melalui proses ini. Selepas
menjalani rawatan ini bahagian tenaga yang tersumbat akan pulih.

Kebiasaannya rawatan ini akan dijalankan pada manusia. Kini, rawatan akupunktur ini juga
berkesan dan boleh dipraktikkan ke atas si bulus kesayangan anda. Pastinya ramai tidak tahu
bahawa rawatan ini boleh digunakan bersama-sama dengan perubatan moden dan
pembedahan bagi meningkatkan keberkesanan rawatan. Ia boleh digunakan sebagai
rawatan tradisional yang boleh dipraktikkan apabila rawatan moden lain tidak berkesan
untuk merawat si bulus atas faktor umur atau masalah fizikal yang dihadapi.

Rawatan Akupunktur

Dalam membantu si bulus kesayangan anda, rawatan ini berupaya merawat penyakit yang
berkaitan buah pinggang, proses penghadaman, usus bermasalah, asma, muntah-muntah
kronik, cirit birit dan banyak lagi. Walau bagaimanapun rawatan moden juga perlu digunakan
bagi masalah kronik lain seperti patah, kecederaan dalaman dan virus.

Image credit: www.lienanimal.com

Rawatan akupunktur dilakukan dengan menggunakan jarum fleksibel bersaiz nipis yang
diperbuat daripada keluli tahan karat. Biasanya, rasa sakit yang dirasai semasa rawatan
hanya ketika jarum dicucuk ke bahagian kulit. Disebabkan perubahan tenaga, si bulus akan
merasai suasana baru yang lebih santai dan tiada rasa sakit. Semasa rawatan, kucing anda
akan lebih tenang dan tidur.

Sebelum menjalani akupuntur veterinar, penilaian klinikal bagi peringkat awal dan
seterusnya diperlukan. Penilaian ini berdasarkan sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal, dan
ujian diagnostik yang pernah dijalankan pada si comel anda.

Anda perlu menemani si bulus semasa sesi rawatan dijalankan. Ubat pelali jarang digunakan semasa rawatan. Masa rawatan adalah kurang daripada 30 minit. Kesan daripada rawatan boleh dilihat dengan cepat atau lambat bergantung pada sesi rawatan yang dijalankan. Atau mengikut proses 'tune-up' si bulus yang kebiasaannya boleh dilihat dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.