Header Ads

Nature’s Protection Dengan Urinary Formula-S



MAKANAN DIETETIK HAIWAN YANG LENGKAP  UNTUK KUCING DEWASA (1 tahun ke atas)


  • Mengurangkan risiko penyakit batu karang struvite. 
  • Dilengkapi 100% pemakanan dietetik yang lengkap dan seimbang, dirumus khas untuk kucing dewasa yang menderita penyakit batu karang struvite.
  • Makanan yang menawarkan pelbagai nutrisi khas yang membantu melindungi kucing secara keseluruhan.
  • Mengandungi MicroZeoGen yang membantu menyokong dan menguatkan sistem ketahanan yang diperlukan kucing.


MicroZeoGen terhasil dari kumpulan jenis zeolit iaitu clinoptilolite. Disebabkan kualitinya yang eksklusif, ianya telah digunakan secara meluas bertahun – tahun dalam pelbagai industri seperti ; untuk penapis hemodilis,  untuk pindaan tanah, menghapuskan ammonia di kawasan bandar, untuk tujuan sisa pertanian dan air minuman serta dalam bidang farmasi dan kosmetik bagi meningkatkan kesan produk pada tubuh badan dan banyak lagi.

Kawalan nilai pH: Sumber protein dari haiwan dan asid urin semula jadi yang membantu mengekalkan tahap asid air kencing bagi menghalang dari pembentukan kristal struvite di dalam pundi kencing.

Sistem pertahanan semula jadi : Kandungan Omega 6 dan 3 yang seimbang bersama – sama sistem anti-oksida semula jadi membantu mengekalkan sistem pertahanan badan secara semula jadi.

Kandungan Mg : Paras kandungan Mg yang terkawal membantu melawan penghasilan kristal struvite di dalam pundi kencing.

Bantuan kesihatan sistem perkumuhan : Kandungan mineral yang seimbang membantu untuk mencegah dari penyakit buah pinggang dan menyokong sistem buah pinggang secara sihat.



Kajian - Kesan positif MicroZeoGen yang telah disahkan :

  • Menggalakkan pembersihan badan daripada bahan toksik , logam berat, ammonia dan fosfat  organik
  • Membantu menguatkan sistem imun badan secara semula jadi 
  • Mempunyai sifat anti –oksida 
  • Mempunyai kesan positif pada penghasilan tulang, membantu memulihkan tisu tulang kesan daripada kecederaan. 
  • Mengaktifkan metabolisma sendi dan merangsang pertumbuhan tisu penghubung kerana ia mempunyai sifat penjerapan, kandungan mineral turut mempunyai kesan anti – microbial. 
  • Meningkatkan asimilasi dan metabolisma makanan. 
  • Mengatur aktiviti saluran pencernaan: memberi kesan positif kepada rawatan saluran pencernaan yang tidak berjangkit. 
  • Mengurangkan gejala alahan. 
  • Bertindak secara positif pada struktur rambut dan menjadikan bulu bertambah tumpat dan bersinar. 
  • Mempunyai kesan positif untuk  meningkatkan kualiti darah. 
  • Sesuai untuk kegunaan luar. Ia boleh mempercepatkan penyembuhan kulit - memberi kesan positi untuk merawat calar, gigitan, luka, ekzema, alahan dan lain- lain kecederaan.


Tiada ulasan

Imej tema oleh moorsky. Dikuasakan oleh Blogger.